Saturday, 1 April 2017

03/03/2017

AKU DAH MULA BERBLOG...


Tarikh ini merupakan hari pertama aku memulakan antara langkah untuk menulis secara berkala dengan menyertai kelas penulisan blog. Kelas Tutorial Asas Blog & Penulisan yang aku sertai dikendalikan oleh Puan Masayu Ahmad secara online.

Perkara utama yang seringkali dititikberatkan oleh Kak Mas adalah menulis secara konsisten dengan membuat catatan harian. Dari awal pagi hingga menutup mata untuk merehatkan diri, perlu mencatat sesuatu dalam buku nota.

Yea, benar, mencatat dalam buku nota. Boleh dikatakan cara ini adalah cara tradisiaonal atau cara lama dalam perbandingan zaman teknologi yang serba baru kini. Namun cara ini tersangatlah berkesan.

Aku sebenarnya tak ada idea untuk mencatat apa dalam buku nota tersebut. Ada ketikanya buku nota aku terbiar kosong tanpa apa-apa catatan. Puas aku berfikir cerita apa yang patut aku catatkan dalam buku nota itu.

Kak Mas selalu berpesan agar mencatat apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan aku seharian. Ambil masa dalam 5-10 minit sehari untuk mencatat. Bertabah juga aku mengikut tip dari kak Mas. Lama kelamaan bila perkara mencatat dan menulis sepatah demi sepatah terus menjadi kebiasaan bagi aku.

Sekarang ini, aku perlu kekalkan momentum dan terus konsisten untuk mencatat dan menulis agar ianya menjadi satu kepentingan dan kepuasan peribadi.

Semoga aku dikurniakan oleh Allah akal yang cergas dan sentiasa diberikan ilham untuk terus menulis. Semoga penulisan yang aku memberi peringatan kepada diriku sendiri. Sekiranya ianya menjadi pedoman untuk anda yang sedang membaca dan memahaminya, ianya adalah satu bonus. 

Semoga memberi manfaat.




No comments:

Post a Comment