Tajuk buku: 99 Stress Free Mummy
Penulis: Zatika Izati Puade
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
ISBN: 978-967-0716-76-3
Edisi/ Tahun Terbitan yang dimiliki: Cetakan kedua, 2016
Bilangan halaman: 142
Buku ini mengisahkan perbualan dan situasi yang dilalui oleh seorang ibu bersama dua anak lelakinya. Kisah bagaimana seorang ibu yang dahulunya berkerjaya tetap sebagai akauntan memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
99 anekdot yang ada menggambarkan bagaimana beliau melayani pertanyaan dan karenah anak-anaknya. Ada cerita bagaikan menggeletek geli hati dibuat, ada soalan menjegilkan biji mata si ibu.
Benarlah, orang yang paling dekat dan paling subur dalam hati serta ingatan ibubapa adalah anak. Sebagai ibubapa, kita mahukan segala yang baik dan indah sahaja untuk anak.
Melayani anak yang sedang membesar bukanlah sesenang yang sesetengah orang fikirkan. Ada waktu kita sebagai ibubapa perlu bertegas, ada ketika perlukan humor sense dan ada masanya perlu lembut membelai.
Istimewanya dalam buku anekdot ini, beberapa lukisan ringkas yang comel di beberapa halaman. Ianya memberi 'jiwa' pada jalan penceritaan agar lebih menarik.
Sungguh, dari halaman pertama hingga akhir, saya tak henti-henti tersenyum. Mesti comel je si Ikmal dan Nabil ni.
Benar, ada orang melalui perkara yang sama seperti penulis, tapi bezanya tak semua orang mampu menulis cerita untuk tatapan pada generasinya.
Buku ringkas dan santai ini perlu ada bagi setiap orang terutama yang sudah bergelar ibu, sebagaimana tajuknya, itulah matlamat utama untuk anda memilikinya.
Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buju berhampiran. Anda boleh hubungi penerbit untuk maklumat tentang nama kedai ataupun dengan penulis yang cantik manis, puan Zatika Izati Puade.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment