Hari ini selepas mengambil Zulaikha dari tadikanya, terus kami ke klinik untuk memeriksa tahap kesihatan aku. Samapi di klinik mujurlah tiada yang menunggu. Selesai mendaftar nama, selang beberapa puluh minit, nama dipanggil.
Zulaikha yang sentiasa teruja dengan doktor terus sahaja membelek-belek alatan yang ada di atas meja. Mujurlah hanya ada alat tulis. Doktor India yang sangat friendly itu senyum dan tertawa sahaja bila aku katakan Zulaikha sukakan doktor.
Selesai memeriksa aku, terdapat 4 ubat yang perlu dimakan. Satu ubat batuk, demam, selsema dan juga antibiotik. Sebelum berlalu pergi, doktor itu sendiri ingatkan aku supata habiskan ubat antibiotik itu. Ermmm macam tahu sahaja aku ni susah nak makan ubat.
Apa yang menyenangkan aku sepanjang berada di klinik tadi adalah sikap Zulaikha. Walaupun dia tidak duduk di kerusi yang disediakan, dia tetap datang ke arah aku bila di panggil. Mendengar kata serta tidak berbuat perkara yang tidak perlu. Hehehe biasalah budak-budak, semua benda dia nak sentuh nak pegang hatta lubang kecil di bawah lantai.
Jadinya, hari ini bermulalah kematangan aku untuk memakan ubat. Suara yang lemak merdu dah bertukar serak-serak kering. Kalau menyanyi lagu Ella, mahu sahaja Ella jadikan aku menteenya. Wah, gitu, kelas kau.
No comments:
Post a Comment