Tuesday, 18 April 2017

TERAPI CINTA ANAK (5)

Terapi Cara Kerja

Hari ni Firdaus ke kelas Terapi Cara Kerja dengan bersemangat. Sampai sahaja di hadapan pintu kelasnya, terus dibukakan kasut tanpa disuruh. Bila sahaja pintu dibuka dari dalam oleh Jurupulihnya, terus dia masuk tanpa menoleh aku.

Mengikut laporan oleh jurupulih, mood Firdaus begitu baik hari ini. Semua aktiviti yang diberikan kepadanya dapat dilakukan sepenuhnya. Semua aktiviti yang ada di dalam bilik tersebut dicuba dan dilakukan tanpa henti.

Keadaan ini jika dilihat dari satu sudut nampak bagus dan objektif kelas dapat dicapai. Namun sebenarnya dari satu segi, kelakuan tersebut merupakan tindakan secara rambang tanpa arahan dari jurupulih yang bertindak sebagai gurunya. Ianya tidak bagus dan tidak menjurus kepada objektif terapi.

Untuk meredakan tindakan tersebut, jurupulih memberikan aktiviti yang melibatkan kertas dan alatulis. Terus sahaja Firdaus memberi bahasa badan melorot ke bawah. Nampak malas dan tidak mahu menerima arahan. Jadinya setiap aktiviti perlu dibantu oleh jurupulih.

Walaubagaimana pun, sejam waktu yang diperuntukkan dapat juga mencapai objektif pembelajaran. Benar, mengajar dan memberi terapi kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas memang mencabar.

Namun usaha dan pengalamanlah yang membantu para jurupulih untuk mencari jalan terbaik membantu kanak-kanak tersebut.

Semoga mereka ini dilimpahi rahmat Tuhan dalam pelbagai bentuk dan rezeki. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment