Monday, 17 April 2017

JIRAN - BILA MASALAH BERPUNCA DARI KITA (2)

Facebook messenger Indah Water Konsortium (IWK) di depan mata terus di klik. Setelah memperkenalkan nama, aku terus menanyakan cara untuk mengenalpasti sekiranya berlaku kebocoran pada sistem kumbahan di rumah atau sekitar taman perumahan.

Pihak IWK terus meminta nama, nombor telefon serta alamat penuh rumah. Tidak sampai 10 minit, aku dimaklumkan aduan aku terus dipanjangkan kepada bahagian Operasi. Tidak lama kemudian, aku menerima panggilan dari Bahagian Operasi.

Terus wakil mereka memaklumkan bahawa pekerja teknikal mereka akan ke rumah aku untuk memastikan terdapat sisa kumbahan atau tidak. Semasa mereka sampai, aku berada di tadika Zulaikha. Jadinya urusan tersebut diserahkan kepada pembantu rumahku.

Hampir sampai ke kawasan perumahan, pekerja IWK menelefon aku dan memaklumkan perkara terkini. Lega rasanya bila mengetahui air yang keluar dari belakang rumahku bukan dari sisa kumbahan. Ada saliran paip yang bocor dari dalam tanah yang menyebabkan pengaliran air tersebut.

Walaupun lega, aku masih tertanya-tanya dari mana punca air tersebut. Sehingga petang tadi, anak lelaki aku dengan gembiranya 'main' air. Jadinya penggunaan air begitu banyak. Aku terus meminta bibik melihat kembali bahagian belakang rumah. Sekali sahaja melihat, jelas air keluar dengan banyak terus ke depan pintu pagar jiran.

Jadinya telah terbukti air tersebut dari rumah aku. Penyelesaian dari masalah ini perlu diambil perhatian. Buat masa ini nombor telefon tukang paip terus dicari dan aku terus memaklumkan pada suami.

Semoga Allah permudahkan penyelesaian masalah ini. Aku dan suami tidak memandang remeh isu ini memandangkan ianya telah menganggu ketenteraman dan keselesaan jiran. Entah berapa lama agaknya jiran aku memendam rasa.

Aku bertuah dapat jiran yang berani memberitahu serta berhemah menyampaikan kepada aku. Tak tergambar sekiranya tiba-tiba sahaja jiran mengamuk di depan pintu pagar tanpa kami ketahui puncanya. Syukur Alhamdulillah jiran berdekatan rumah kami begitu baik dalam menyantuni tetangga masing-masing.

Oh, ya, pihak IWK ada maklumkan terdapat 3 cara mudah untuk mengenalpasti kediaman kita mempunyau kebocoran di saluran sisa kumbahan.

1. Keluar air berbau busuk di bahagian belakang rumah samada ia mengalir atau bertakung di sekitar tempat air keluar.
(Patutlah pihak IWK bertindak pantas apabila aku khabarkan ada air mengalir keluar di belakang rumah aku walaupun air tersebut tidak berbau)

2. Tandas rumah tidak dapat mengepam najis ke dalam saluran. Air didalam tandas juga penuh/ tidak berkurangan. Tandas tersumbat. Ini juga akan berlaku di tandas rumah jiran yang tinggal sederet dengan kediaman kita.

3. Jika tandas di rumah kita sahaja yang bermasalah untuk mengepam air di dalam mangkuk tandas, ianya bukan di sebabkan saluran sisa kumbahan, tetapi masalah saluran paip di rumah. Perlu hubungi tukang paip.

Itu sahaja maklumat ringkas yang diberikan oleh Bahagian Operasi IWK petang tadi. Sekiranya kalian mempunyai masalah yang sama, hubungi pihak IWK untuk kesejahteraan hidup.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment