Wednesday, 5 April 2017

JUS LEGA

Beberapa minggu yang lalu, suami memohon aku membuat jus lega. Segala bahan yang diperlukan untuk ramuan jus lega telah dibelikan pada Ahad lepas. Namun baru malam tadi timbul semangat untuk membuatnya.

Banyak khasiat diperolehi daripada bahan-bahan yang disenarai sebagai ramuan jus lega ini. Kalau nak disenaraikan panjang pula entri kali ini. Jadi apa kata kita lihat dahulu senarai bahan yang diperlukan. Ini pun ambil dari hasil carian di google.

JUS LEGA

Halia muda - 100gram
Bawang putih - 1 labu
Madu lebah - 350ml
Cuka Epal (Apple Cider) - 125ml
Jus lemon - 125ml (3 biji lemon)
Air -125ml untuk halia muda
Air - 125ml untuk bawang putih

Cara Membuatnya;
1) Kisar bawang putih bersama 125ml air. Tapis dan ketepikan.

2) Kisar halia muda bersama 125ml air. Tapis dan ketepikan.

3) Ambil periuk yang bersesuaian. Disarankan periuk kaca atau tanah. Gunakan senduk kayu atau plastik untuk mengelakkan khasiat bahan untuk jus hilang.

4) Masukkan air halia yang ditapis tadi bersama 125ml jus lemon dan juga 125ml cuka epal. Panaskan ramuan dengan api kecil selama 45 hingga 60 minit.

5) Masukkan air bawang putih pada 10 minit terakhir.

6) Setelah masak, tutup air dan biarkan ramuan sejuk.

7) Masukkan madu lebah ke dalam ramuan dan kacau sehingga sebati menggunakan sudu plastik.

8) Letak ramuan yang telah siap ke dalam botol kaca dan simpan ditempat sejuk.

Cara minum;
1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan
1 sudu besar (table spoon) setiap malam semasa perut kosong.

Aku guna periuk besi sahaja sebab periuk kaca atau tanah tiada. Sukatan ml aku guna botol susu Firdaus yang baru dibeli. Sukatan lebih tepat.

Masa masak juga tidak sampai 60 minit. Aku cukupkan 45 minit sahaja sebab ramuan dah menggelegak. Hampir kering gayanya. Bila dah betul-betul sejuk baru dicampurkan dengan madu.

Botol kaca madu kelulut yang masih disimpan digunakan unuk mengisinya. Akhir sekali aku letak dalam peti sejuk. Itulah dia bahan-bahan dan cara membuat jus lega.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment