Bangun pagi tadi tekakku terasa begitu perit. Botol air berisipadu 1 liter di atas almari pakaian dicapai lalu diteguk. Terasa lega apabila cecair jernih itu melepasi ruang kerongkongku. Teringat kisah malam tadi melayan Firdaus yang masih bergelak ketawa hingga ke subuh. Entah apa yang difikirkan tidak dapat aku selami.
Telefon pintar yang mengalun bacaan beberapa surah yang telah disetkan aku capai. Beberapa mesej dari kumpulan whatsapp dan telegram dibaca. Mesej daei kumpulan whatsapp sekolah yang dibaca melahirkan rasa simpati. Innalillahiwainna illahirojiun. Isteri kepada sahabat satu sekolah dulu telah kembali ke rahmatullah.
Difahamkan bahawa arwah sudah seminggu berapa di hospital untuk menerima rawatan. Sebelum kematian, arwah koma dan menghembuskan nafas terakhir di hospital.
Semoga sahabat aku dan anak-anak mereka yang masih bersekolah tabah dan sabar mengharungi situasi yang memilukan ini.
Hidup dan mati sesungguhnya rahsia Allah. Tak kan pernah kita mengetahui bagaimana, bila, di mana, bersama siapa dan mengapa kita diambil nyawa. Perbuatlah amal kebaikan untuk bekalan di akhirat. Semoga Allah memberi keredhaan dan keberkatan atas apa yang telah kita perbuatkan. Ikhlaskan diri tanpa mengharap balasan adalah semulia-mulia pemberian.
Benarlah, hidup ini hanya pinjaman, sehingga tiba waktu pemilik nyaw meminta kita dikembalikan, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.
No comments:
Post a Comment