Tuesday, 11 April 2017

TERAPI CINTA ANAK (4)

Siri Autism Firdaus

Semasa terapi cara kerja tadi, Firdaus memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan, tetapi dia agak mengantuk. Walaupun gerak tangan dan kaki dia begitu lincah dan aktif, sesekali dia dia terhenti dan menarik nafas berat.

Macam berat sahaja masalah kau, nak.

Jurupulih juga memaklumkan bahawa Firdaus suka melakukan aktiviti tetapi sedikit malas bila diberi arahan untuk kerja melibatkan kertas dan pensil. Apabila diberikan sehelai kertas, diberikan arahan untuk membuat garisan lurus dan melintang, duduk si anak yang awalnya tegak lurus terus melayu sampaikan badannya melorot ke bawah. Haishhhh.

Untuk membiasakan kanak-kanak menerima arahan dan memahami perkara yang sepatutnya dilakukan, sudah pasti kerja tersebut perlu disiapkan. Oleh itu, jurupulih terapi akan membantu dengan membawa tangan kanak-kanak untuk menggenggam pensil dan seterusnya melakar garisan.

Ada kalanya sistem ganjaran diberikan, sebagai contoh kalau kanak-kanak tersebut suka mewarna, jadi jurupulih akan tunjukkan warna air dan meminta kerja tulis disiapkan. Kebiasaan cadangan ganjaran sebegini begitu disukai kanak-kanak. Kerja pasti dilakukan dengan pantas dan tiba-tiba sahaja aktif. Hehehe, pandai kau nak.

Tetapi sistem ganjaran yang tidak dilakukan dengan tepat akan menyukarkan kita sebagai ibubapa. Sebagai contohnya, aku pernah memberi arahan kepada Zulaikha untuk membuat garisan dengan memberika  cadangan ganjaran biskut yang digemarinya.

Tetapi malangnya, anak perempuan yang comel itu hanya mahukan biskut tanpa menyiapakan kerja rumah. Bila aku tidak mahu memberinya, lantas dia menangis sampaikan aku kasihan. Langsung diberikan sahaja biskut tersebut. Betullah ada kawan mukabuku aku cakap, jadi mak ayah ni kena hati kering, tak boleh biarkan anak jadi manipulator.

Ada teknik juga untuk menggunakan sistem ganjaran. Anak kena tahu bagaimana untuk respon pada suara ibubapa. Perlu kenal kertas, pensil dan pemadam. Barulah kenalkan anak dengan bintik disusuli dengan garisan, barulah biarkan dia mencuba. Buat latihan bersama dahulu, baru boleh berikan dia arahan dan selangseli dengan ganjaran.

InsyaAllah dikesempatan lain, aku cuba ceritakan secara terperincin tentang sistem ganjaran ini. Kena kumpulkan maklumat dan bertanya sepatah dua pada yang pakar.






No comments:

Post a Comment